Fazley Yaakob Stress, Isteri Terpaksa Buang Air Tepi Jalan

Datuk Fazley Yaakob berkongsi detik cemas apabila isterinya terpaksa membuang air di tepi jalan ketika dalam perjalanan selama 13 jam pulang ke Kuala Lumpur semalam.

Perjalanan tersebut memberi tekanan kepadanya apabila kebanyakan tempat rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya itu ditutup yang menyebabkan isterinya iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz  terpaksa melepaskan buang air di sebalik semak samun di tepi lebuh raya tersebut.

“Kita orang memandu sampai 13 jam dari Penang ke Kuala Lumpur, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.

“Ya Allah, stress sebab R&R banyak yang ditutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun termasuklah adik sayang (isteri) saya!

“Saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik tuala untuk cover dia, lepas tu dia terus legakan diri dalam semak samun,” – tulis Fazley Yaakob di Instagram.

Menerusi laman Instaram miliknya, Fazley memberitahu kejadian itu bukan sahaja dialami olehnya, malah pengguna lebuh raya yang lain turut berhenti di tepi jalan untuk membuang air memandangkan tandas tidak berfungsi.

View this post on Instagram

First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain. Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa? Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain. Ya allah, stress sebab R&R yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun! Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun. Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang 🙈 🙈🙈 Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu P/s: Ramai pulak tanya, hajat besar ke hajat kecil: hajat kecil je nasib baik. Macam2 betul curiosity masing2, apapun terima kasih ya yang sudi bertanya! 😇

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Maaf Ya Fazley... Saya Tak Minat Artis-Artis Ni" - Fazley Yaakob Kecewa Makcik Tak Suka Artis Tapi Ambil Gambar Curi - TEHPANAS
  2. “Maaf Ya Fazley… Saya Tak Minat Artis-Artis Ni” – Fazley Yaakob Kecewa Makcik Tak Suka Artis Tapi Ambil Gambar Curi - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*