“Diam-diam Jangan Cakap, Jangan Degil Sangat” – Peminat Nasihat Fasha Sandha Keguguran

Belum lama Fasha Sandha mengumumkan berita gembira bahawa dia disahkan mengandungkan anak Aidil Aziz, semalam peminat dikejutkan dengan berita sedih apabila Fasha mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu.

BACA : Aidil Terkejut & Menangis, Fasha Sandha Buat Kejutan Hamil 3 Minggu

Menerusi Instagram miliknya, Fasha berkongsi gambar dan memohon maaf maaf kepada suami,  dan anak-anaknya di atas perkhabaran tersebut.

“Ibu mintak maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan, untuk banyakkan berehat,” – tulis Fasha Sandha

Menurut Fasha, dia terlalu aktif di hari raya ini dan tidak mendengar nasihat doktor untuk banyakkan berehat sehingga terlupa dirinya sedang hamil.

“Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika,” – tulis Fasha Sandha lagi.

Dalam pada itu, pelbagai reaksi dan nasihat daripada netizen kepada pelakon itu dan salah satu nasihat yang diberikan oleh peminat ini mencuri perhatian netizen yang lain.

Peminat ini menasihatkan Fasha supaya memegang pesanan orang tua-tua dulu-dulu yang mahukan merahsiakan terlebih dahulu sekiranya kandungan masih baharu dan jangan hebohkan terus.

“Fasha, pegang pesanan orang tua-tua dulu-dulu, andai kata baru jadi, diam-diam dan jangan cakap.

Biar perut tu membesar dalam 3 atau 4 bulan barulah umumkan,” – Peminat

Memang benar apa yang peminat itu katakan, jika mengikut petua orang lama dulu-dulu, mereka mahukan kita jangan menghebohkan kandungan yang masih baharu.

Tapi itu semua kehendak Ilahi, sekiranya memang rezeki sampai di situ, siapalah kita untuk menindakkannya. Supaya Fasha dan Aidil tabah menghadapinya.

View this post on Instagram

Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2 😔 Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik 😔 To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha . . Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika. #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Usia Saya Ini Memang Risiko Untuk Hamil" - Fasha Sandha Bidas Dakwaan Umum Awal Punca Gugur - TEHPANAS
  2. “Usia Saya Ini Memang Risiko Untuk Hamil” – Fasha Sandha Bidas Dakwaan Umum Awal Punca Gugur - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*