(Video) ISIS Malaysia Akan Meletupkan Mahkamah 18 Februari 2015 Ini?

Video yang berdurasi 1 minit ini dengan tajuk ‘Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia’ memaparkan 4 orang yang berpakaian hitam dan memakai topeng berlatar belakang ‘kan bendera Malaysia telah dimuatnaik di Youtube di bawah akaun ISIS Malaysia 69.

Salah seorang daripada ISIS Malaysia ini duduk dan membawa risalah gambar Nora Danish yang kononnya amanat dan memberi amaran dengan satu aksi bantahan akan meletupkan Mahkamah Malaysia pada 18 Februari 2015 ini pada jam 11.30 malam dengan membakar mercun.

Amaran ini berpunca daripada tidak puas hati dengan pemerintahan parti politik yang terlalu lama di Malaysia dan tidak percaya kepada sistem demokrasi sekarang.

Diharap pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat video ISIS Malaysia ini walaupun mungkin niat mereka hanya parodi atau untuk main-main sahaja, tetapi kalau dah isu nak letupkan mahkamah, sudah pasti PDRM akan memandang serius hal sebegini.

VIDEO ISIS MALAYSIA : AMARAN UNTUK MELETUPKAN MAHKAMAH MALAYSIA

Klik di sini jika tidak dapat menonton video di atas.

TehPanas – Bukalah topeng tu bang, baru nampak ganas.

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Isu Video ISIS Malaysia, Nora Danish Buat Laporan Polis
  2. Mercun Punya Pasal, Buta Mata Kanan & 6 Jari Hancur

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*