Gara-gara membaling mercun dari dalam kereta tidak lepas, sebuah kereta Perodua Kancil terbakar di Lembah Sireh, Kota Bharu, pada malam menjelang raya Selasa lalu.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu, pemandu kereta yang berusia 20-an sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Berita Harian, mercun itu dipercayai dibaling dan masuk ke dalam kereta berikutan cermin dalam keadaan terbuka oleh individu yang menunggang motosikal ketika mangsa melalui jalan berkenaan dari Pasaraya KB Mall menuju ke Pasaraya Tesco.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
“Polis menyiasat kes ini dengan bantuan pihak forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mengesahkan sama ada punca kebakaran itu daripada perbuatan balingan mercun atau punca lain.
“Kes kebakaran kereta itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” – Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.
Bagaimana pun, pemandu kereta yang terbakar kerana mercun tersebut berjaya keluar dari kereta tersebut selepas memberhentikan kereta di tepi jalan.
Video kejadian ini tular di laman media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar dan jelas kelihatan mercun banyak meletup dari dalam kenderaan tersebut.
Netizen mempersoalkan, sekiranya punca daripada mercun dibaling dari luar, kenapa banyak sangat mercun yang terbakar dan meletup dari dalam kereta tersebut.
Leave a Reply