Rogol 25 Orang Pelajar, Usahawan Dihukum Mati

Seorang lelaki yang merupakan bekas pengarah sebuah syarikat produk tepung di Henan sudah dijatuhkan hukuman mati, semalam kerana merogol 25 pelajar perempuan.

Menurut South China Morning Post, suspek Zhao Zhiyong, 49 tahun, kes membabitkan lebih 30 mangsa rogol dengan empat daripadanya dari sebuah sekolah menengah di Weishi.

Zhao merogol mangsa yang berusia selama setahun setengah dan mangsa berusia 14 tahun ke bawah seramai 14 orang turut menjadi mangsa rakus Zhao.

Zhao memaksa seorang wanita bernama Li Na mencari gadis bawah umur untuk dirinya antara Jun 2015 hingga Januari 2017.

Selepas menjadi mangsa Zhao, antara remaja terbabti akan mencari gadis lain untuk Zhao dan kes terbabit menjadi perbualan hangat netizen pada April 2017 selepas maklumat kes terbongkar.

Mahkamah Kaifeng di Henan menjatuhkan hukuman mati terhadap Zhao selepas dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu, Oktober lalu dengan penangguhan selama dua tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*