Sudah pasti ada yang sedia maklum dengan usaha keras Ustaz Ebit Lew dalam dakwah yang cuba membantu golongan mak nyah dan wanita yang berkerja sebagai pelacur kembali kepada fitrah.
BACA : Berang Kekasih Adalah Mak Nyah, Doktor Bunuh & Mayat Dimasak Dalam Oven
Menerusi video yang penceramah terkenal ini kongsikan di laman media Instagram miliknya, memaparkan Ebit memberi mengunjungi lorong dan sarang pelacuran oleh golongan terbabit.
“Tak berhenti mereka cakap terima kasih kerana saya datang.
Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat,” – tulis Ebit Lew di Instagram.
Ebit juga dilihat memberi dakwah kepada mereka di dalam sebuah bilik dan memeluk mereka dan menurut Ebit, mereka terharu dan sebak ketika dipeluk.
“Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita,” – tulis Ebit Lew di Instagram lagi.
Sebenarnya, Ebit hanya memeluk mereka yang transgender atau mak nyah (pondan) yang sememangnya lelaki dan bukan memeluk wanita.
Diharap netizen tidak lagi keliru dengan video yang dikatakan memeluk wanita sebelum ini. Diharap usaha Ustaz Ebit Lew membawa keberkatan.
Leave a Reply