Sebelum ini, menerusi Instagram, Datuk Aliff Syukri bernazar untuk membotakkan kepala sekiranya video muzik lagu ‘Jom Raya’ menjadi trending nombor satu di YouTube.
Apa lagi, netizen mula mendesak Aliff Syukri membotakkan kepalanya demi menyempurnakan nazar atau janji tersebut.
BACA : Dikecam Suara Macam Katak & Bangau, Aliff Syukri Naik Angin Kecam Netizen
Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan niat Aliff dan berpendapat sepatutnya bernazar memberi sedekah kepada anak yatim.
Bukan netizen sahaja, ibu Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim turut mempersoalkan niat bernazar anaknya itu yang semata-mata ingin menjadi trending di YouTube.
“Kau tak ada kerja ke Kri (Syukri) trending nak botak, nazar hadiah kambing kat masjid ke, beri orang makan ke adalah elok sikit,” – Ibu Aliff Syukri, Rozita Ibrahim.
Menurut ibunya, lebih elok sekiranya Aliff menyedekahkan kambing ke masjid atau memberi makanan kepada orang selepas apa yang diimpikannya tercapai.
“Patut ke saya botakkan rambut?? kalau ramai yg komen botak di ruangan komen di bawah saya akan botakkan rambut nalam ni,” – tulis Aliff Syukri di laman Instagram
Aliff memuat naik status terbaru dan berjanji akan membotakkan kepalanya malam ini. Kita tunggu dan lihat malam ini, sama ada dia botakkan kepalanya atau pun tidak.
Leave a Reply