“Saya Tiada Duit Untuk Lampin & Susu Anak” – Reza Hasbi Dedah Tiada Tawaran Berlakon

Pelakon Reza Hasbi mendedahkan dia terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan gara-gara lebih dua bulan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Bukan itu sahaja, Reza juga tidak mampu untuk membeli keperluan dua orang anaknya sehingga pernah merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

“Saya amat mengharapkan job besar untuk teruskan kehidupan. Sepatutnya pihak pengurusan tolong promosi artis tapi tak nampak mereka buat apa-apa pun. Dah masuk dua bulan lebih saya tiada kerja.

“Sekarang ni saya duduk bersama keluarga di kampung, Kuala Kangsar, Perak dan hidup atas ihsan mak ayah, menumpang makan daripada mereka.

“Saya memang tiada duit langsung sampai terpaksa pinjam duit isteri untuk isi minyak. Lampin dan susu anak pun isteri saya yang keluar duit. Nak balik kampung pun pinjam dengan mak. Sampai satu tahap saya rasa nak minta bantuan pusat zakat,” – Reza Hasbi.

Menurut mStar, Reza juga meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Menerusi Instagram miliknya, Reza turut mendedahkan akan meninggalkan dunia lakonan tidak lama lagi sekiranya masih tidak menerima sebarang tawaran berlakon selepas ini.

Reza turut terkilan dengan sikap sebuah produksi tempatan yang didakwa tidak melunaskan bayaran berjumlah RM5,000 dan pelbagai alasan diberikan syarikat berkenaan namun sehingga hari ini tiada bayaran diterima.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) "Aku Ambil Upah Buat Siling Rumah Orang" - Reza Hasbi Gigih Cari Rezeki Buat Keluarga
  2. "Saya Bukan Minta Zakat Fakir Miskin" - Reza Hasbi Sedih Masih Dituduh Pemalas - TEHPANAS
  3. “Saya Bukan Minta Zakat Fakir Miskin” – Reza Hasbi Sedih Masih Dituduh Pemalas - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*