Hukuman Penjara 12 Bulan, Samseng Botak Berhari Raya Dalam Penjara

Samseng botak yang menghentak cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar terpaksa menyambut hari raya di dalam penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan.

BACA : Samseng Botak Pecah Cermin Kereta Ditangkap Polis, Motosikal & Helmet Dirampas

BACA : Marah Kena Hon, Penunggang Motosikal Pecahkan Cermin Kereta Ala-ala Gangster

Hukuman dijatuhi oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya ke atas lelaki yang berusia 31 tahun itu hari ini atas kesalahan melakukan khianat menghentak cermin hadapan kereta milik Siew Chean Voon.

Danial Abdullah Tan atau lebih dikenali sebagai ‘Samseng Botak’ di laman sosial mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut portal Harian Metro, Danial diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula semalam, tarikh dia ditangkap oleh pihak polis.

Suara Danial tersekat-sekat serta menangis apabila ditanya oleh majistret kenapa bertindak menghentak cermin hadapan kereta mangsa.

“Puncanya dia (pemandu kereta) hendak melanggar saya dan menghimpit saya, saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” – Danial

Dengan nada sebak, suspek yang merupakan pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun itu meminta maaf atas perbuatannya itu.

Turut kelihatan di tempat duduk galeri awam, kakak dan beberapa ahli keluarganya yang mengikuti prosiding pendakwaan itu.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.

Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. 'Abang Botak' Dedah Punca Pecah Cermin Kereta, Peguam Wanita Mahu Bantu Bebaskan - TEHPANAS
  2. (Video) Berang Tidak Diberi Jalan, Pemandu Libas Samurai Pada Kereta Mangsa
  3. Abang Botak Keluar Dari Penjara, RM6,000 Jadi Jaminan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*