Marah betul Nonny Nadirah dengan seorang pelakon lelaki yang dikatakan seorang kaki perempuan dan curang belakang isteri serta mahukan artis lelaki itu bertanggungjawab dengan perbuatan keji yang mempermainkan perasaan wanita.
Menerusi Instagram akaun Nonny, dia mendakwa artis lelaki dirujuk sebagai ‘Mr AA’ itu sudah berkahwin itu seorang yang suka berfoya-foya namun penakut untuk bertanggungjawab dengan kesalahan dilakukan.
“Kepada lelaki yang pengecut untuk menjadi seorang lelaki sejati. Kami sudah serik dengan lakonan dan drama anda. Menjadi seorang pelakon sangat sesuai dengan anda.
“Awak memang dilahirkan untuk menjadi seorang pelakon ‘yang bagus dan berbakat’ tapi sungguh memalukan kerana anda tidak berakal serta tiada hati dan perasaan langsung.
“Awak sememangnya seorang lelaki yang suka berfoya-foya tapi penakut untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri,” – tulis Nonny Nadirah.
Foto ‘Mr AA’ turut dimuat naik oleh Nonny namun dikaburkan dan Nonny mengatakan pelakon lelaki tersebut juga berlaku curang dan menipu isteri berulang kali.
Tambah Nonny, pelakon yang dirujuk sebagai ‘Mr AA’ itu juga menggunakan kata-kata manis untuk mendapatkan dan memperdayakan wanita yang sudah bertahun-tahun memberi kepercayaan kepadanya.
“Ni bukan kali pertama. Kami ada bukti dan kami sudah tiada kesabaran untuk menunggu awak bertanggungjawab atau memberi respon kepada kami.
“Kesian pada diri awak kerana menjadi manusia yang teruk. Kasihan kepada isteri awak yang percaya suami dia yang berulang kali menipu dan berlaku curang. Kasihan anak awak mempunyai seorang bapa yang tidak guna,” – Nonny Nadirah.
Pendedahan yang dilakukan pada malam Selasa itu adalah amaran pertama buat ‘Mr AA’ tetapi kenyataan di Instagram yang turut mempunyai tanda pagar #sayahanyatolongmenyampaikan dan #sudahsudahlaaniayaorang itu telah dipadam beberapa jam selepas itu.
Siapakah ‘Mr. AA’ yang dimaksudkan oleh Nonny Nadirah ini? Adakah….?
Leave a Reply