Seorang wanita menjerit kesakitan apabila tangganya tersepit dalam mesin tebu semasa membuat persiapan untuk bazar Ramadan berhampiran dengan rumahnya.
Mangsa yang dikenali sebagai Era Fazira Ramli, berusia 25 tahun terpaksa berhadapan situasi cemas sebelum keluarganya segera membantu dengan mematikan mesin berkenaan.
Keluarga Era terpaksa menghubungi pasukan bomba dalam kejadian yang berlaku di Tawau, Sabah itu pada 10 pagi tadi, memetik The Star.
Pasukan penyelamat tiba di rumah mangsa di Kg Sentosa dan mendapati tangannya hancur sehingga ke pergelangan tangan.
“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangannya dari mesin tersebut dan memberikan rawatan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” – Bomba.
Bagaimana pun, wanita itu dilaporkan dalam keadaan stabil.
Leave a Reply