Masukkan Kabel Pengecas Telefon Dalam Mulut, Kanak-kanak Maut Terkena Renjatan Elektrik

Gara-gara memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang masih bersambung pada plug yang masih hidup ke dalam mulut, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut terkena renjatan elektrik.

Kejadian yang pantas itu berlaku pada petang Sabtu di kediaman datuk dan nenek mangsa, Sahwar di Jahangirabad, India, lapor Hindustan Times.

Ketika kejadian, mangsa dibiarkan bermain sendirian semasa mangsa dan ibunya datang menziarahi ibu bapanya.

Ibunya sudah mencabut telefon yang telah dicas tetapi terlupa untuk menekan butang off plug pengecas tersebut dan Sahwar menyangka kabel itu sebagai mainan kemudian mengambil dan memasukkan ke dalam mulut lalu terkena renjatan elektrik.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Menurut pihak polis, ibu mangsa tidak didakwa kerana kejadian yang berlaku adalah suatu kemalangan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*