Misteri perkataan ‘A113’ yang terdapat di dalam hampir semua filem animasi Pixar dan Disney seperti Toy Story, A Bugs Life, Cars, Ratatouille dan Finding Nemo menjadi tanda tanya penonton dan peminat filem animasi yang terkenal ini.
Ada juga sesetengah individu mengkaitan nombor dan perkataan ‘A113’ itu kononnya kod rahsia freemason yang digunakan untuk berhubung dengan dajal. Betul ke bohong?
Sebelum nak tahu jawapan, kita lihat perkataan ‘A113’ yang terdapat di dalam filem animasi Pixar ini yang kami sediakan :
Nombor siri kotak di dalam filem A Bugs Life
Nombor pesawat di dalam filem Cars 2
Nombor pendaftaran lori towing (Mater) dalam filem Cars
Nombor pendaftaran keretapi di dalam filem Cars
No model kamera di dalam filem Finding Nemo
Label pada telinga seekor tikus di dalam filem Ratatouille
No pendaftaran kereta di dalam filem Toy Story
Nombor mahkamah di dalam filem Up
Kod bagi protokol ‘Abandon Earth’ di dalam filem Wall-E
Okay, sebenarnya, perkataan ‘A113’ tiada kaitan pun dengan sebarang aktiviti freemason mahupun dajal kerana ianya adalah nombor sebuah kelas tahun pertama untuk jurusan rekabentuk grafik di California Institute of Arts.
Kebanyakan pelajar-pelajar kelas ini akan membuat tugasan terakhir mereka untuk tahun pertama di studo Pixar dan Disney.
Tujuan perkataan ‘A113’ dimasukkan di setiap dalam filem animasi ini secara tidak langsung untuk memberitahu hasil karya adalah daripada mereka dan rakan-rakan sekelas mereka sudah pasti turut merasa bangga dan hormat.
Leave a Reply