Letak Julap Pada Piza, Restoran Ini Diarah Tutup Serta-Merta

Sebuah restoran pizza diarahkan tutup serta merta gara-gara pekerja di sebuah restoran piza didapati meletakkan julap di dalam piza.

Kejadian ini berlaku di sebuah restoran piza di Texas, Amerika Syarikat yang boleh mengakibatkan keracunan makanan sehingga memaksa restoran ini ditutup.

Menurut portal Huffpost, polis di bandar Springtown, Texas telah menerima laporan mengenainya selepas salah seorang kakitangan mereka memuat naik gambar mereka meletakkan Miralax, iaitu sejenis julap pada piza.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pekerja itu mengaku meletakkan julap pada satu keping piza, dan ia dimakan oleh kakitangan yang lain yang menyebabkan pekerja yang memakannya jatuh sakit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*