Sebelum ini, Nur Sajat bakal disaman oleh Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) gara-gara bertudung dan pemakaiannya tak ubah seperti wanita di Kelantan.
BACA : Bertudung di Khalayak Ramai, Nur Sajat Bakal Disaman & Digam Kerajaan Kelantan
Namun, ia bukanlah menjadi penghalang bagi Sajat untuk berpakaian seperti wanita sekali lagi di Kelantan.
Kali ini, Sajat mengenakan tudung dan memakai jubah hitam semasa menghadiri majlis pengebumian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad.
Sajat telah memuat naik video menyiram pusara arwah Faziani dan duduk bersila bersama-sama tetamu wanita yang lain di rumah arwah selepas acara pengebumian melalui Instagram miliknya.
Gara-gara tindakan Sajat berhijab di tanah perkuburan itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak dan netizen yang menyifatkan Sajat seolah-olah mempersendakan agama Islam.
Leave a Reply