Gadis remaja 16 tahun, Nismell yang dikaitkan dengan kontroversi dengan Aliff Aziz akhirnya tampil dan memberi pengakuan yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.
BACA : “Mak Aku Sendiri Hina Aku, Aku Tak Kuat” – Nismell Mahu Bunuh Diri
Menerusi perbualan Nismell bersama wartawan MHE TV, dia menceritakan bagaimana gambar bersama Aliff Aziz yang dikatakan diambil semasa sebuah private party tersebut boleh tersebar di laman media sosial.
“Sumpah demi Allah, Aliff tidak ada buat apa-apa dengan saya. Kami sekadar mengambil gambar di sebuah parti. Ramai lagi gadis pada waktu itu.” – Nismell
Jelas Nismell, pada mulanya gambar tersebut dikongsi kepada kawannya dan dia tidak menyangka salah seorang daripada kawannya berkongsi pula gambar tersebut kepada ‘musuhnya’.
Manakala hubungannya dengan Alifff hanyalah sekadar sebagai tetamu di parti tersebut dan dia tidak langsung berhubungan secara terus selepas itu.
“Sedih sangat bila orang kutuk dan kecam. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Keluarga? Mereka pun seperti tidak mahu ambil tahu.
“Saya cuba untuk berubah, tapi bila kena kecam macam itu saya terlalu tertekan. Tak berhenti menangis. Masyarakat tak faham. Tanya tuan badan sebelum bercakap,” – Nismell.
Dia juga mengakui sebelum ini pernah untuk cuba membunuh diri kerana tertekan dengan situasi dan menjadi mangsa kecaman oleh netizen di laman sosial menyebabkan dia menutup semua komen di Instagram.
“Saya ada menghantar pesanan kepada Bella di Instagram, tapi dia tak baca lagi. Saya tahu Aliff suami orang, takkan saya nak buat benda tak elok dengan dia. Bella, saya minta maaf. Saya sekadar bergambar sahaja,” – Nismell.
Bukan irtu saja, Nismell secara ikhlas memohon maaf kepada bekas isteri Aliff, Bella Astillah sekiranya kontroversi tersebut menyebabkan punca perpisahan hubungan mereka.
Leave a Reply