Punca Utama Anggota Polis Rakam & Sebar Video Zamani Slam Menyanyi Didedahkan

Susulan penyebaran video Zamani Slam yang menyanyi dalam keadaan bergari viral di laman sosial media Facebook, Youtube dan juga aplikasi Whatsapp, suspek utama yang merakam video tersebut telah disoalsiasat oleh pihak polis.

[TONTON VIDEO ZAMANI SLAM BERGARI DIPAKSA MENYANYI]

Suspek utama perakam dan penyebar video tersebut merupakan salah seorang anggota polis bahagian Narkotik IPD Ampang Selangor mendedahkan cerita sebenar penyebaran video tersebut sehingga terlepas ke Facebook dan Youtube yang sebelum ini hanya dikongsi di aplikasi Whatsapp.

Anggota polis tersebut pada mulanya menyuruh Zamani menyanyi hanya untuk suka-suka sahaja seterusnya merakam untuk tontonanan peribadi sahaja.

Sebaik selesai merakam video tersebut, suspek telah menghantar video tersebut kepada rakannya yang lain melalui aplikasi Whatsapp dan berjanji tidak akan menyebarkan atau menghantar kepada sesiapa pun video tersebut.

Tetapi, suspek utama terus menghantar video tersebut kepada seorang rakannya yang lain dan termasuk isterinya sendiri. Faham-fahamlah kalau video tersebut dah dihantar kepada ramai pengguna Whatsapp dan bayangkan kalau video tersebut dihantar pada group Whatsapp yang mempunyai 100 orang ahli di dalam group tersebut.

Sehingga kini, 5 orang suspek telah ditahan dan disoalsiasat termasuk Zamani sendiri dan teman wanitanya serta 40 unit smartphone telah dirampas untuk membantu siasatan lanjut yang akan dibawa kepada SKMM.

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Gambar) Zamani Slam Nikahi Juliana, Rancang Pergi Umrah November Ini
  2. Zamani Slam Nikahi Juliana, Rancang Pergi Umrah November Ini - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*