Budak K-pop Kecam Awie, Edrie Hentam Balik Budak K-pop

Gara-gara tidak menyokong kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq membawa masuk kumpulan popular Korea, BTS ke Malaysia tempoh hari, Datuk Awie dikecam teruk oleh peminat K-pop terutamanya kumpulan BTS itu.

BACA : “Inilah Menteri Yang Nak Jahanamkan Artis-artis Tempatan!” – Awie Wings

Menurut Edrie Hashim, kebanyakan peminat yang menghina dan mengutuk Awie itu masih mentah dan terlalu muda da mereka hanya ‘gilakan’ artis dari Korea dan tidak memahami isu dalaman industri tempatan yang cuba diketengahkan Awie, lapor MyMetro.

“Perkara itu tidak sepatutnya dilakukan seorang budak kepada orang tua. Rasa hormat mereka langsung tidak ada,

Mereka mempertahankan BTS seperti mereka orang Korea. Mereka itu berangan, sedangkan BTS anggap peminat di sini sama seperti peminatnya di Sri Lanka, India mahupun Myanmar.” – Edrie Hashim.

Edrie mendakwa sebahagian besar peminat BTS mengutuk Awie sudah ‘sendu’, tidak laku dan tidak ada kerja serta disebabkan itu dia sengaja mengeluarkan kenyataan membidas Syed Saddiq yang hendak membawa masuk BTS ke negara ini sempena Hari Melawat Malaysia 2020.

“Masalahnya yang mereka kata begitu adalah Awie yang popularitinya bukan setakat dalam kalangan mereka sekarang ini tetapi juga zaman ibu bapa mereka.

“Mereka boleh kutuk seorang ikon muzik negara. Langsung tak ada rasa hormat atas pencapaian diperoleh Awie,” – Edrie Hashim.

Berkenaan dengan kenyataan Ramli Sarip, Edrie memberitahu pemikiran Ramli Sarip adalah salah kerana pengurusan muzik salah dan politik kita juga salah yang menyebabkan kita susah untuk berkembang.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Awie & Erra Dedah Punca Putus Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*