Sebelum ini ada sumber mendedahkan yang bekas skandal Aliff Aziz, Meri Meifina merupakan warganegara Indonesia yang datang bekerja ke Malaysia menggunakan passport.
Rupa-rupanya silap, kami menghubungi Meri Meifina atau lebih mesra dipanggil Mei itu mendakwa dirinya sudah lebih 18 tahun menetap di Malaysia dan kini tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
“Saya dah 3 tahun kat Kuala Lumpur dan sebelum ini saya tinggal 15 tahun di Penang,
Ibu saya sekarang pun ada di Penang,” – Mei Meifina
Bukan itu saja, malah Mei sudah menjadi warganegara Malaysia yang sah kerana dia memilik Kad Pengenalan Malaysia Pemaustatin Tetap atau Kad Pengenalan Merah. Jadi tiada istilah lagi dia warga Indonesia.
“Saya dah dapat kad pengenalan Malaysia, tapi hilang masa saya ke Bangkok hari tu,
kalau ada masa nanti saya akan pergi ke JPN untuk uruskan kad pengenalan saya itu,” – Mei Fina
Bukti tiket kapal terbang Mei Fina bercuti ke Bangkok
Tapi malangnya, kad pengenalan Mei tercicir semasa dia bercuti ke Bangkok Mac lepas. Disebabkan sibuk, Mei belum sempat untuk menguruskan lagi penggantian kad pengenalannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mengenai kerjaya pula, Mei yang kini menetap di Kuala Lumpur menjelaskan dia adalah model sepenuh masa dan lebih 7 tahun aktif bergiat dalam dunia model.
“Sebenarnya saya dah lebih 7 tahun dalam dunia model ni,” – Mei Meifina
Jadi, lepas ni jangan salah faham sebab ada netizen yang bertanggapan Mei bekerja di kelab malam dan ada dakwaan mengatakan dia tidur di hotel mengikut pelanggan pun tidak benar. Cukup-cukuplah membuat cerita tak betul ye!
Mengenai hubungan Mei dengan Aliff Aziz, ianya sudah lama berakhir dan dia tidak berhubung lagi dengan Aliff, malah Aliff tidak membalas sebarang mesej yang dia hantar sebaik sahaja kontroversi gambarnya bersama Aliff tersebar semalam.
Meifina sekarang sibuk jual tayang badan kat bigo live. Takde beza pun dengan pelacur. Pendatang buat la cara pendatang.