Gambar Mesra Aliff Aziz Check In Hotel Lagi, Kali Ini Dengan Janda Anak Satu

Belum lagi reda dengan kontroversi Aliff Aziz bersama gadis TikTok 17 tahun iaitu Nismell, timbul pula kontroversi terbaru apabila gambar mesra Aliff Aziz bersama wanita bernama Mei Fina (Facebook) atau nama lainnya, Meri Meifina tersebar di laman sosial awal pagi tadi.

BACA : “Perkara Ini Sudah Banyak Kali Berlaku, Kami Dah Biasa” – Bapa Aliff Aziz

Gambar mesra Aliff Aziz bersama wanita yang berstatus janda anak satu itu dipercayai ketika mereka berada di sebuah kelab hiburan.

Bukan itu sahaja, malah gambar bercumbu antara satu sama lain turut disebara di laman media sosial termasuk sekeping gambar Aliff Aziz bersama Mei Fina berada di dalam bilik hotel.

Sebentar tadi, menerusi laman Facebook Mei Fina wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu, dia telah memuat naik video menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan gambar mesra bersama Aliff Aziz yang tersebar itu.

“Itu gambar lama gila, gambar tahun lepas!

Setakat Aliff Aziz tu, apa ada? Apa pun tak ada lah!” – Mei Fina

Menurut wanita yang merupakan model sambilan itu lagi, dia tiada hubungan dengan Aliff Aziz dan gambar tersebut adalah gambar tahun lepas.

Gambar mesra Aliff Aziz dengan model dalam kelab malam

Gambar Aliff Aziz bersama Mei Fina, janda anak satu di dalam bilik hotel

Gambar Mei Fina, skandal Aliff Aziz bersama anaknya

Video skandal Aliff Aziz, Mei Fina menjelaskan situasi gambar sebenar

Nampaknya, Aliff Aziz perlu memberi dua penjelasan memandangkan kontroversi bersama gadis TikTok, Nismell belum lagi selesai, timbul pula kontroversi bersama janda anak satu, Mei Fina ini pula.

Carian Anda :

7 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) "Mak Aku Hina Aku, Aku Tak Kuat" - Nismell Skandal Aliff Aziz Mahu Bunuh Diri
  2. Sah Bercerai Talak Satu, Aliff Aziz Menangis & Bella Astillah Nampak Tenang - TEHPANAS
  3. (Video) Meri Meifina Skandal Aliff Aziz Mencarut, Bengang Gambar Lama Tersebar
  4. "Aliff Aziz Pun Tak Tahu Dia Tu Minah Indon" - Pendedahan Dari Mangsa Meri Meifina - TEHPANAS
  5. "Aliff Aziz Pun Tak Tahu Dia Tu Minah Indon" - Sumber Dedah Siapa Meri Meifina - TEHPANAS
  6. "Bukan Kudis Atau Kurap, Saya Tanam Rambut" - Aliff Aziz Jawab Persoalan Netizen - TEHPANAS
  7. Hamil 6 Bulan, Isteri Dedah Ammar Alfian Curang

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*