Bengang Dimarah Balik Lewat Malam, Suami Bunuh & Bakar Isteri Dalam Tong Drum

Bengang ditegur dan dimarahi oleh isteri kerana balik lewat malam selepas bermain bola, seorang lelaki membunuh isterinya dan mayatnya dibakar.

BACA : Malu Ada Anak Luar Nikah, Bapa Bunuh Bayi 3 Bulan Dengan Kejam

Kejadian yang berlaku pada 8 Mei lalu di salah sebuah daerah di Vietnam, suspek Luong Hoang Vu yang berusia 32 tahun dimarah oleh isterinya, Hong sebaik sahaja balik ke rumah selepas bermain bola bersama rakan.

Menurut portal Zing, bengang dengan isterinya yang memarahi dirinya dan menghina ibu bapanya, Vu bertindak memukul isterinya namun pukulan itu dibalas semula.

Semasa isterinya menuju ke dapur, Vu memukul belakang leher mangsa dengan objek keras sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia serta-merta di situ dan mayat isterinya dibawa ke bilik mandi untuk dibersihkan sebelum dibungkus dengan kain kanvas dan diikat dengan ketat.

Keesokan harinya, Vu membeli 10 liter minyak dan pada waktu tengah hari, Vu memindahkan mayat isterinya ke dalam tong drum yang digunakan untuk memanggang daging di gudang milik keluarganya.

Vu balik ke rumah untuk membawa dua anak perempuannya pergi berenang, semasa dalam perjalanan ke kolam, Vu singgah sebentar di gudang milik keluarganya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka, untuk menuang minyak lalu membakar mayat isterinya.

Kehilangan Hong disedari oleh keluarganya selepas 2 hari Hong mati dan jawapan Vu sangat mencurigakan apabila ditanya di mana isterinya berada menyebabkan keluarga Hong membuat laporan polis.

Polis datang ke rumah pasangan berkenaan untuk membuat pemeriksaan tetapi pintu rumah mereka berkunci dan setelah disiasat, gudang milik keluarga Vu diserbu dan pihak polis menemui mayat mangsa yang dibakar sudah hampir menjadi abu dalam tong drum.

1 Trackback / Pingback

  1. Isteri Tikam Sampai Maut Suami Selalu Curang & Sering Mendera - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*