“Saya Kenal Aliff Masa Dekat Private Party” – Nismell Akui Tak Buat Apa Dengan Aliff Aziz, Cuma Tangkap Gambar

Awek TikTok yang dikaitkan dengan Aliff Aziz memuat naik status terbaru di laman Instagram dan menjelaskan perkara sebenar apa yang terjadi mengenai gambar mesra dia bersama Aliff tersebar awal pagi tadi.

BACA : “Saya Akan Move On Tanpa Aliff” – Bella Astillah

Remaja perempuan yang dikenali sebagai Nismell itu turut meminta maaf kepada semua orang dan mendakwa semua yang terjadi adalah sikap rakannya yang iri hati terhadap dirinya gara-gara ada merakam gambar bersama artis (Aliff Aziz).

“Saya minta maaf sangat-sangat, semua tu bukan salah saya dan semua ini dari kawan yang dengki sampai post macam-macam sehinggalah menjadi isu sampai macam ni,

Kalau rasa tak tahu kebenaran, boleh tanya Aliff Aziz sendiri,” – Nismell

Remaja perempuan berusia 17 tahun itu juga mengaku dia baharu saja kenal dan ada merakam gambar bersama Aliff Aziz di sebuah private party tetapi tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua.

“Ramai orang dan masa itu kawan saya pun ada. Diorang tahu batas saya, semua ini punca sebab dengki sampai gambar itu jadi permulaan gosip.” – Nismell

Video netizen ‘Mana Aliff Aziz’ kepada Nismell

Apa yang menghairankan, semasa gadis yang berasal dari Sarawak itu membuat live Instagram dan netizen bertanyakan mengenai Aliff, Nismell mengatakan tidak kenal siapa Aliff dan memberitahu tidak pernah berjumpa dengan suami Bella Astillah itu.

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 22,101 komen dan 28,432 likes pada status teman wanita Aliff Aziz di Instagram.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) “Korang Malukan & Buka Aib Aku, Karma Is Real” - Nismell Beri Peringatan Kepada Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*