Anak Dah 4 Tapi Masih Cun, Makcik Awet Muda Umur 41 Tahun Ini Kongsi Petua

Gambar seorang wanita yang sudah berusia 41 tahun dan 4 anak viral apabila anaknya memuat naik gambarnya di laman sosial Twitter dan menerima sehingga 1500 likes serta pujian daripada netizen.

Bukan setakat pujian, malah ada juga yang mendesak supaya Nik Hana Yasmin Nik Radzi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan kini menetap di Puchong, Selangor itu berkonsgi tips dan petua rahsia kecantikan dirinya.

“Saya tak ada petua apa sangat pun, cuma ada satu amalan yang saya buat sejak berusia 20-an.

“Setiap hari selepas bangun pagi, saya minum air suam. Saya ambil madu, bancuh dengan air. Baca selawat dan surah tiga Qul.

“Petua itu diamalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur dan ia diperturunkan oleh emak saya,” – Nik Hana Yasmin

Menurut laporan mStar, Yasmin turut berkongsi beberapa petua lain yang menjadi amalannya sejak dahulu hingga kini iaitu dalaman haruslah bersih dan selalu positif walau pelbagai ujian menimpa.

Ibu tunggal yang memilik empat cahaya mata itu turut memberitahu jangan dengki dengan orang lain dan kalau ada masalah pun kena sentiasa senyum.

Selain pasangan kembar perempuan Nur Arina dan Nur Anis yang berusia 19 tahun, Ahmad Danial Haiqal, 16 tahun dan Ahmad Danish Haziq, 12 tahun, manakala suaminya, Ahmad Nasirudin meninggal dunia pada tahun 2017 akibat penyakit kanser usus.

Sebenarnya, Yasmin tidak mengetahui fotonya viral di laman Twitter sehingga diberitahu oleh anaknya dan memberitahu dia dipuji semuanya kerana anugerah Allah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*