Tak pernah dibuat orang lagi roti john yang terkeluar daging dari roti. Mana taknya, letak daging dan bahan-bahan lebih besar dari roti, memang terkeluarlah daging dan bahan tu.
Ya betul, korang pergi ke Boss Burger Solo yang menyediakan 22 jenis roti john dengan pelbagai rasa dan bahan yang berbeza, korang mintaklah apa-apa roti john yang korang nak daripada 22 jenis tu.
Lokasi Boss Burger Solo sangat mudah untuk dikesan, sebab mereka ada di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Ala, berdekatan dengan Giant, KFC dan bersebelahan dengan Pasaraya KAWANMU Srimanja tu, tak pun korang guna aplikasi Waze, tapi sahaja Boss Burger Solo. Ikut sahaja panduan yang akan Waze tu tunjuk, inshaAllah korang akan selamat sampai ke Boss Burger Solo.
Harga roti john yang bahan melimpah ruah ni bermula dari harga RM8 sehingga RM22 sahaja.
Oh ya, untuk bulan Ramadan ni, Boss Burger Solo hanya beroperasi dari jam 2.30 petang sehingga 7.30 petang sahaja. Jangan terlambat, nanti menyesal!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai tawaran dan menu Boss Burger Solo ini korang bolehlah layari laman sosial Facebook dan Instagram Boss Burger Solo.
FACEBOOK Boss Burger Solo :
https://www.facebook.com/BossBurgerSoloChef/
INSTAGRAM Boss Burger Solo :
https://www.instagram.com/bossburgersolo/
Leave a Reply