Bukti Pembayaran BR1M 2015 Telah Dimasukkan Ke Dalam Akaun Bank

Sebelum ini kami ada berkongsikan tarikh sebenar pembayaran BR1M 2015 iaitu bermula pada tarikh 15 Januari 2015 dan apa yang mengejutkan kami, seorang daripada rakan Facebook kami telah berkongsi screenshot daripada akaun Hong Leong Bank dan Maybank yang mendedahkan pembayaran BR1M 2015 yang diterima pada petang tadi, 12 Januari 2015.

Jika dilihat screenshot di bawah, Hong Leong Bank tertulis bayaran berjumlah RM200 manakala Maybank tertulis RM300 yang telah dimasukkan pada tarikh hari ini, 12 Januari 2015 dengan rujukan untuk Nama Pemilik BR1M 2015 Pembayaran.

BUKTI PEMBAYARAN BR1M 2015 DIBAYAR MELALUI HONG LEONG BANK

BUKTI PEMBAYARAN BR1M 2015 DIBAYAR MELALUI BANK MAYBANK

Adakah tarikh bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015 ini memang diawalkan dari tarikh yang sepatutnya atau screenshot bukti resit bayaran BR1M 2015 ini telah diubah?

Untuk kepastian, sesiapa yang ada online banking tu, bolehlah semak melalui smartphone, tablet atau laptop masing-masing. Kalau rasa-rasa mesin bank ATM tak jauh daripada rumah, bolehlah pergi semak sekejap. Itu pun kalau tak berbaris panjang.

Tehpanas – Dah semak, tapi tak masuk lagi. Sob sob… #sedih

Carian Anda :

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*