Gara-gara tidak memberi signal, seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kebodohan pemandu kereta tersebut apabila jari telunjuknya putus, tangan dan kakinya patah.
Mangsa, Asyraf Yusuff menceritakan detik hitam itu melalui laman Facebook miliknya yang kini masih menerima rawatan di wad 7E Hospital Serdang.
Dalam kejadian yang berlaku pada 30 April lalu, lelaki tersebut putus jari telunjuk dan cedera parah di bahagian kaki kanannya.
“Dugaan 30 April. Kereta (Perodua Myvi) masuk simpang tak bagi signal. Sekarang warded di wad 7E Hospital Serdang. Motosikal, total lost,” – Asyraf Yusuff.
Motosikal Asyraff selepas kemalangan
Selepas kejadian seorang lelaki menampar pemandu wanita yang tidak memberi signal semasa menukar lorong, semakin ramai individu tampil berkongsikan kes kemalangan yang sama.
Klik di sini untuk gambar yang uncensored.
Leave a Reply