Selepas setahun merahsiakan penghijrahan, pengarah Michael Ang semalam telah memberitahu ada sebab tersendiri mengapa dirinya berbuat demikian.
BACA: Michael Ang Peluk Islam, Adam Corrie Menitis Air Mata Kegembiraan
“Sebenarnya sejak umur 14 tahun saya hanya percaya yang saya hanya ada satu Tuhan sahaja.
“Akan tetapi ketika itu juga, saya masih mencari-cari sehinggalah saya ada alami satu mimpi,” – Micheal Ang
Apa yang menarik perhatian, Micheal Ang juga mendedahkan mimpi yang dialaminya sebelum memeluk Islam.
Dia menceritakan dalam mimpinya seseorang membawanya masuk ke dalam ‘kawasan’ yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.
Terbangun dari tidur, terus dia mencari jawapan melalui Google dan Youtube, ternyata ‘kawasan’ yang dia masuk itu adalah Kaabah.
Tak semua orang beruntung macam Micheal dapat menyaksikan keindahan di dalam Kaabah walaupun cuma dalam mimpi.
Video Micheal Ang Cerita Mimpi Sebelum Peluk Islam
Sumber : IG Media Hiburan
Leave a Reply