Suami Tak Benarkan Main PUBG, Isteri Bengang & Minta Cerai

Gara-gara tidak dibenarkan bermain permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), seorang wanita berang dan menuntut cerai dari suaminya.

BACA : Minum Asid Kerana PUBG

Menurut laporan Gulf News, pengarah di Pusat Sosial, Kapten Wafa Khalil Al Hosani, memberitahu pihaknya menerima satu kes yang luar biasa itu yang membabitkan permainan popular berkenaan.

“Seorang wanita Arab datang ke pusat ini, meminta bantuan selepas dia bergaduh dengan suaminya mengenai permainan itu.
“Wanita itu menuntut cerai kerana dia haknya untuk bermainan permainan itu dihalang, sedangkan dia selesa dan menggemari permainan itu. – Wafa Khalil Al Hosani

Wanita itu bergaduh dengan suaminya sebelum menuntut cerai dan menjelaskan, dia tidak mengaktifkan fungsi chat di mana dia akan terdedah kepada orang yang tidak dikenali dan hanya bermain dengan kenalan dan juga keluarganya.

Sebenarnya, tujuan suaminya melarang takut dia akan ketagih dengan permainan itu dan menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarga.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Bosan Duduk Di Atas Pelamin, Pengantin Ini Main PUBG Tunggu Habis Persandingan - TEHPANAS
  2. (Video) Bosan Duduk Di Atas Pelamin, Pengantin Ini Main PUBG Tunggu Habis Persandingan
  3. Demi Kekasih Dalam PUBG, Wanita Hamil Tuntut Cerai - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*