Lan Pet Pet Akhirnya Dedahkan Punca Sebenar Dia Membelasah Pak Ya

Walaupun kemelut antara pelawak Lan Pet Pet dan pengawal keselamatan, Pak Ya sudah berakhir apabila kedua-duanya saling bermaafan antara satu sama lain pada sidang media tempoh hari, masih ramai yang tertanya-tanya apa punca sebenar Lan mengamuk dan membelasah Pak Ya pada malam kejadian itu.

BACA : Lan Pet Pet & Pak Ya Dah Berbaik

Menurut cerita Lan Pet Pet, pada malam kejadian dia bergegas memasuki Taman Acacia, Desa Jaya di Nilai, Negeri Sembilan iaitu lokasi Yahya bertugas untuk membeli minuman isotonik untuk anaknya.

“Anak saya ada acara sukan sekolah yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya tak sedap hati sambil tunggu acara melibatkan anak saya kerana kebiasaannya dia akan tidur awal.

“Tapi acara dia berlari sekitar 10.30 malam. Tenaga dia makin lemah sebab tunggu dari petang sampai ke malam.

“Saya keluar nak beli minuman isotonik… di situlah ada perselisihan faham masa bawa kereta,” Lan Pet Pet

Namun punca sebenar Lan Pet Pet membelasah Pak Ya hanya diceritakan setakat itu sahaja dan dia memilih untuk tidak menceritakan secara penuh insiden berkenaan.

Sumber : mStar

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. "Udah-udah La Cium... Muka Pakcik Tu Macam Terpaksa Dah" - Netizen Muak Tengok Gambar Lan Pet Pet Cium Pak Ya - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*