Urghhh… Masih tak habis lagi kisah lamaran Hanis Zalikha oleh Hairul Azreen pada konsert akhir Gegar Vaganza minggu lepas hingga menyebabkan cerita mengenai juara Gegar Vaganza musim pertama Ayai Illusi tiada masa untuk media masa hebahkan.
Sebelum ini, cara Hairul melamar Hanis Zalikha atau panggilan manja, Keknis dikritik oleh Sultan yang cara melamar ini mengikut budaya barat, dan kali ini seorang pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat pula mengatakan cara Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.
Ustaz Zulkefli Hamat mendakwa cara lamaran terbuka begini boleh menjatuhkan maruah Hanis Zalikha jika perhubungan mereka itu terputus di tengah jalan.
“Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
“Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah,” kata Ustaz Zulkefli Hamat.
Nasib baik ada cerita Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza, kalau tak sudah pasti isu Ifa Raziah berpelukan dengan pelakon lelaki sambil angkat kaki pada persembahan di pentas akhir Gegar Vaganza itu akan menjadi perbualan hangat.
Leave a Reply