Wanita Cabut 4 Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar

Seorang wanita Indonesia pembantu rumah yang dikenali sebagai Meriance Kabu berusia 32 tahun mendakwa dirinya nyaris maut dibunuh dan cedera parah apabila majikannya mencabut empat batang gigi menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Disember 2014.

Majikan wanita Indonesia tersebut yang dikenali sebagai Ong Su Ping Serene berusia 47 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur dan jika didapati bersalah, wanita ini berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Sebelum ini, pembantu rumah ini berjaya diselamatkan oleh jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya menyebabkan segala kegiatan penderaannya diketahui oleh pihak berkuasa.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Cinta Laura Beli Berus Gigi Secara Online Gara-gara Terlampau Sibuk - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*