Selamat tahun baru 2015! Mungkin ini satu berita baik untuk rakyat Malaysia kerana bayaran BR1M 2015 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang dijangka mulai dibayar secara ansuran bermula 28 Januari 2015 telah diawalkan tarikh bayaran yang bermula 15 Januari 2015.
Bayaran yang diutamakan adalah untuk mangsa-mangsa banjir seperti di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang memandangkan tempat tinggal dan banyak barang-barang berharga mereka musnah semasa kejadian banjir yang berlaku minggu lepas.
Jika anda belum mengemaskini butiran seperti no akaun bank anda, anda boleh semak senarai bank yang diterima untuk bayaran BR1M 2015 ini nanti. (Klik untuk senarai bank diterima oleh BR1M)
Kami juga percaya masih ramai yang belum mengemaskini butiran atau maklumat anda. (Klik di sini untuk kemaskini maklumat). Tarikh untuk mengemaskini maklumat bayaran BRIM telah dilanjutkan tempoh sehingga 31 Januari 2015 ini.
Jadi, anda masih mempunyai masa untuk mengemaskini maklumat sama ada secara online ataupun berbaris panjang di LHDN di tempat masing-masing.
Sy x blh nak buat pertukaran bank dr bank rhb ke bsn sbb akaun rhb x aktif…bila dpt srt p ambil dkt bsn x pulak rekod…nk kemaskini x blh