“Saya Mahu Malaysia Jadi Nombor 1” – Jawapan Syed Saddiq Isu BTS

Selepas kecaman daripada ramai pihak terhadap cadangan menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk menjemput kumpulan K-pop, BTS membuat persembahan di Malaysia, akhirnya Syed Saddiq memberi jawapan terhadap semua persoalan.

BACA : “Inilah Menteri Yang Nak Jahanamkan Artis-artis Tempatan!”

Ada yang bertepuk tangan kegembiraan selepas menerima khabar tersebut dan tidak kurang yang memberi maklum balas negatif termasuklah artis-artis tempatan seperti Datuk Awie.

Syed Saddiq tampil membuat penjelasan mengenai isu BTS itu menerusi laman Twitter milikinya siang tadi dengan

“Kenapa nak sibuk bawa BTS, Ed Sheeran, Coldplay, artis luar datang ke Malaysia? Ini jawapan saya,” – Syed Saddiq.

Syed Saddiq menjelaskan sengaja berbuat demikian untuk mengubah trend agar Malaysia menjadi pilihan utama penganjur antarabangsa untuk mengadakan persidangan, konsert dan pelbagai acara lain.

“Tak serik ke kita asyik tewas kepada Singapura, Thailand dan sekarang ini, juga di tangan Indonesia dan Vietnam.

“Lihat sahaja Singapura. Apabila Coldplay dan BTS memilih Singapura sebagai destinasi, stadium nasional mereka penuh dan tiket habis terjual dalam tempoh empat jam.

“Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura dan ia dapat multiplier effect (kesan berganda) dalam pelancongan. Singapura jadi tumpuan dunia, bukan Malaysia,” – Syed Saddiq.

Syed Saddiq mengaitkan juga dengan pengajuran konsert Ed Sheeran dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini yang turut memberi manfaat kepada stadium dan peniaga-peniaga kecil lain.

1 Comment

  1. ko nak jadi 00 skalipun.. agaka”lah menteri..
    sekarang ni negara sedang masalah kewangan.. ko ikut sedap ko saja nak buang duit bagi orang luar..
    bila netizen komen ko menteri darjah 1 ko marah..
    tapi IQ tnjuk kat netizen IQ darjah 1..
    sememangnya ko tak layak lagi jadi menteri.. sebab cara ko memimpin ikut sedap ko saja.. jahanam negara sekarang ni ada menteri darjah 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*