“Kalau Beyblade Ini Tak Ada, Mungkin Benda Ini Tak Terjadi,” – Ibu Bengang Jari Anak Cedera Gara-Gara Beyblade

Seorang kanak-kanak lelaki cedera ibu jari dan terpaksa dijahit kerana luka yang agak dalam akibat membaikpulih beyblade miliknya.

Ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, Afzalizah Azizan, memuat naik gambar ibu jari anak lelakinya, Hadi, cedera dan mengalami pendarahan banyak akibat kemalangan yang tidak disengajakan itu.

“Ibu tak beli, dikata ibu kedekut. Ibu tak beli, dikata ibu jahat. Ibu tak beli, dikata ibu tak sayang.

“Kalau Beyblade ini tak ada, mungkin benda ini tak terjadi,” – kata Afzalizah Azizan melalui laman sosial Facebook miliknya.

Jari kanak-kanak tersebut sebenarnya terkena pisau yang masih baru semasa membaikpulih beyblade menyebabkan pendarahan yang agak banyak.

Akibat tidak tahan keadaan itu, membuatkan Afzalizah jatuh pengsan dan terpaksa ditahan di klinik setengah jam.

Sumber : Afzalizah Azizan

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*