Isu Anak Rosyam Nor Disuruh Buka Tudung : Rosyam Maafkan Kedai Hamleys

Sebelum ini isu anak perempuan Datuk Rosyam Nor yang minta kerja di kedai Hamleys Toys di One Utama dipaksa untuk membuka tudung sekiranya ingin bekerja di situ mendapat perhatian umum apabila Rosyam Nor memuat naik status di laman Twitter miliknya.

Disebabkan isu tersebut mendapat perhatian umum, Hamleys Malaysia tampil meminta maaf kepada Datuk Rosyam Nor atas kesilapan salah seorang staff mereka di laman sosial Facebook Hamelys Malaysia.

Kenyataan maaf dari pihak Hamleys Malaysia :

“Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.
Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.
Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan”

Datuk Rosyam Nor telah pun memaafkan pihak Hamleys dan berharap agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan dan Rosyam Nor akan berjumpa dengan pihak pengurusan Hamleys Malaysia dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini.

Spekulasi Datuk Rosyam Nor saman Hamleys Malaysia adalah tidak benar.

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Pasar Raya ST Rosyam Mart, Didakwa Guna Nama Rosyam Nor Sahaja
  2. Pasar Raya ST Rosyam Mart, Didakwa Guna Nama Rosyam Nor Sahaja? - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*