Suami Isteri Bawa Anak 18 Bulan Hisap Dadah

Tergamak sepasang suami isteri sanggup membawa anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan ke sebuah rumah di Selinsing, Bagan Serai dekat Parit Buntar untuk mengambila bekalan dadah.

Si isteri yang berumur 33 tahun dan suaminya 48 tahun itu ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian di sebuah rumah di Parit Haji Dolah yang dipercayai dijadikan ‘port’ untuk mengambil dadah pagi tadi.

“Semasa serbuan dua suspek itu yang melarikan diri dalam sawah, namun berjaya ditahan anggota AADK selepas pergelutan,” – Ketua Operasi Shahrul Nizam Baharuddin.

Semasa serbuan, pasangan itu sanggup melarikan diri ke dalam sawah bersama bayi mereka.

Suami isteri dan 12 lagi yang ditahan di dalam operasi tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

Sumber : mStar

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Terlupa Tapau Paha Ayam Goreng, Isteri Kelar Suami Sampai Mati - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*