Gagal membekal produk bengkung dan gridle yang ditempah dan dibayar oleh stokis, Nur Sajat telah disaman oleh bekas pekerja syarikat OWA Resource bernilai hampir RM200,000 terhadap syarikat milik Nur Sajat iaitu Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.
LIHAT : Gambar Nur Sajat Dicium Teman Lelaki Mengundang Bencana
Untuk berdepan kes saman ke atas syarikatnya, Sajat telah melantik dua peguam sebagai wakilnya di mahkamah iaitu, Siti Kasim dan Ajeet Kaur. Terbaik Siti Kasim!
Menurut peguam Sajat, Ajeet menjelaskan saman tersebut difailkan oleh dua individu yang berbeza iaitu Syakir dan Nurwati.
“Dalam tindakan ini Nur Sajat Aesthetic telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap Syakir dan Nurwati atas kerugian dan kehilangan yang dialami akibat salah laku oleh mereka”
“Tindakan ini belum didengar atas meritnya lagi. Pihak Nur Sajat Aesthetic tidak akan memberikan komen sehingga tindakan ini didengar atas merit melalui perbicaraan penuh,” – Nur Sajat.
Nampaknya Sajat telah memfailkan pembelaan dan tuntuan balas terhadap Syakir dan Nurwati. Pada posting akaun Instagram milik Sajat, dia mengemaskini dengan ayat “Lets the game begin. Wait & See”.
Sumber : MalaysiaKini
- siti kassim (1)
Leave a Reply