Pak Ya Tidak Puas Hati Lan Pet Pet Didenda RM2,000, Saman RM3 Juta Tetap Jalan

Gara-gara memukul seorang pengawal keselamatan warga emas pada 6 April lalu, pelawak terkenal, Lan Pet Pet mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban awal pagi tadi.

Namun pengawal keselamatan tersebut, Yahya Manap atau Pak Ya meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengenakan denda sebanyak RM2,000 sahaja memandangkan kecederaan yang dialaminya agak teruk.

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya kepada Kosmo!

Pak Ya turut memberitahu dia dan keluarga kini dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas pelawak tersebut. Katanya lagi, jika diikutkan hati, dia mahu menyaman pelawak tersebut sebanyak RM3 juta.

TEHPANAS – Kenapa tak RM3 billion terus pakcik? 

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Lan Pet Pet Mahu Jumpa Pak Ya Secara Tertutup - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*