Pelakon Jasmin Hamid sebelum ini pernah menyuarakan rasa kesal terhadap netizen yang didakwa membuat komen menghina wajah anak angkatnya dikenali sebagai Rohana seperti seorang mak nyah di Instagram.
Tidak berhenti setakat itu, akhirnya Jasmin mengambil tindakan membuat laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu turut disertakan dengan bukti penghinaan pengguna laman sosial terhadap anaknya serta bercadang mengambil tindakan undang-undang.
“Kepada para pembuli siber yang telah mencela anak perempuan saya, boleh tunggu saman daripada saya.
“Ada lebih daripada 15 nama di dalam laporan polis yang akan diambil tindakan undang-undang di atas tindakan mencela yang tidak berasas di Instagram dan Facebook serta blog… Segala butiran pembuli siber telah pun diserahkan kepada pihak polis,” – Jasmin.
Screenshot komen yang menghina anaknya turut dimuat naik dan Jasmin memberi amaran kepada individu tersebut untuk lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen di Instagram miliknya.
Jadi, kepada 15 individu tersebut, bolehlah mula intai di luar tingkap kelibat posmen menghantar ‘surat cinta’ dari Jasmin untuk anda.
Sumber : mStar
Leave a Reply