Pembunuh 49 Jemaah Masjid Beri Isyarat OK Dalam Mahkamah, Apakah Maksud Syarat OK Tersebut?

Pembunuh 49 jemaah masjid dan menyebabkan 50 yang lain cedera, Brenton Tarrant seorang lelaki dari Australia kini sudah di dalam tahanan pihak berkuasa dan telah dihadapakan di mahkamah.

BACA : Balas Dendam Punca ‘Mat Saleh Australia’ Tembak Jemaah Dalam Masjid di Christchurch

Semasa di dalam mahkamah pada hari perbicaraan pertama, Brenton sempat membuat isyarat OK semasa pihak media mengambil gambarnya.

Maksud Sebenar Isyarat OK Pembunuh 49 Jemaah, Brenton Tarrant

Isyarat OK yang dibuat oleh Brenton semasa di dalam mahkamah membawa maksud simbolik perkauman kuasa putih yang membawa kepada fahaman Ne0-Facism.

Menurut, Profesor Pelawat, Pusat Kajian Timur-Barat University of Hawaii, Honolulu, Amerika Syarikat (AS), Mizan Aslam, golongan ini muncul selepas perang dunia kedua dan mereka mempromosikan kepentingan negara serta bangsa melebihi segalanya.

Manifesto pengganas “The Great Replacement” 74 muka surat

Pengganas itu dikenal pasti telah menulis dan berkongsikan 74 muka surat manifesto yang bertajuk “The Great Replacement” berkenaan tujuannya membuat serangan kejam tersebut.

Salah satu daripada manifestonya, dia tidak menafikan serangan yang dilakukan adalah sebagai serangan pengganas namun dia lebih menyifatkan dirinya sebagai pejuang terhadap kuasa penjajah.

Dia juga memberitahu serangan terhadap jemaah di masjid itu adalah sebagai tanda bencinya dia terhadap Islam yang dianggap sebagai perampas tanah nenek moyang mereka.

Penyerang kejam itu bakal berdepan dengan membunuh dan difahamkan akan lebih banyak tuduhan bakal dihadapkan kepadanya manakala dua orang lagi suspek juga akan disoal siasat.

Sumber : 7 News Melbourne

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*