“Saya Tidak Pergi Kelab Malam Pada Bulan Ramadan” – Eyka Farhana

Baru-baru ini Eyka Farhana mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas memuatnaik sebuah foto di kelab malam yang mengundang spekulasi.

BACA : “Salah Ke Saya Pakai Serban Ke Kelab Malam?” – Iqram Dinzly

Sebenarnya foto tersebut dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Banteras dan dia menjelaskan dia tidak pergi ke kelab malam pada bulan Ramadan. Oh, bulan-bulan lain dia pergi kot? Heh!

“Saya tidak pergi kelab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu.

“Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja,” – Eyka Farhana

Eyka mendakwa mungkin dia tidak meletakkan penjelasan pada kapsyen berkenaan membuatkan netizen dan followers instagram’nya salah anggap.

1 Trackback / Pingback

  1. Fara Mendoza Dirasuk Masa 'Clubbing' di Kelab Malam, Rakan Bacakan Ruqyah Untuk Menenangkannya - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*