Sedih sungguh apabila Rita Rudaini berkongsikan kisah anak-anaknya yang tidak pernah menjejak kaki ke bazaar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
BACA : Rita Rudaini dan Uqasha Akhiri Gosip, Berkahwin di Thailand
Kalau ikutkan hati, memang Rita ingin membawa anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke bazaar Ramadan untuk memperkenalkan mereka salah satu keseronokan bulan Ramadan.
“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka salah satu keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di satu tempat yang sama.
“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal pergerakan mereka.
“Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka,” – Rita Rudaini.
Rita menjelaskan lagi, demi menyokong anak-anaknya untuk berpuasa, Rita terpaksa menolak sebarang tawaran pada bulan Ramadan kerana ingin memberi fokus kepada keluarga selain memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk anak-anaknya.
TehPanas – Alahai, ke bazar Ramadan jer pun, ke luar negara takde hal pun… heheh…
Leave a Reply