Lana Nodin Pujuk Suami Berpuasa & Beraya Di Malaysia

Lana Nodin berkongsi kegembiraan apabila tahun ini berpeluang menyambut Ramadan di Malaysia selepas tahun lalu terpaksa berpuasa di negara asing disebabkan suaminya sibuk dengan tugasan hariannya.

LIHAT : (Video) Lana Nodin & Suami Didakwa “Road Bully”

Jika tahun lalu mereka hanya sempat berpuasa dua hari sahaja di Malaysia sebelum berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kerana mengikut suaminya, Mohd Daud McKienzie atau David terbabit dalam pemilihan ke Sukan Olimpik Rio 2016.

“Sepatutnya, kami perlu kembali ke AS pada April lalu kerana David perlu mengikuti beberapa jelajah di sana. Tetapi kami menunda tarikh pulang kerana saya mahu berpuasa, seterusnya meraikan Aidilfitri di sini.

“Kami akan pulang ke sana sehari selepas Hari Raya kerana David sudah terikat dengan pelbagai tugasan. Memang hatinya berat untuk menunda tarikh pulang, tetapi saya memujuk kerana mahu berpuasa bersama keluarga di tanah air,” – Lana Nodin

Bukan itu sahaja, Lana Nodin mahukan anak mereka, Gia Quinn McKienzie merasai pengalaman menyambut Ramadan dan berhari raya di Malaysia dan berkumpul bersama-sama ahli keluarga tercinta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*