Drama Melayu yang menjadi trending di Twitter setiap kali ia ditayangkan iaitu drama Menanti Februari telah berakhir semalam dengan kutukan penonton apabila didakwa jalan cerita terutamanya penghujung cerita lari dari akidah agama Islam.
BACA : “Saya Bayangkan Zul Ariffin Sebagai Suami Saya” – Fathia Latiff
Drama lakonan Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sudah pun berakhir semalam dan menjadi bualan yang cukup panas di media sosial kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan penamat drama tersebut.
Rata-rata netizen mendakwa jalan ceritanya lari daripada akidah di mana persoalan utama netizen ialah tentang taraf perkahwinan seseorang isteri itu yang berkahwin lain saat suaminya hilang di lautan.
Jika diikut keterangan oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam video di bawah, sepatutnya status suami yang baru terbatal sekiranya suami yang asal kembali (dijumpai) hidup.
SINOPSIS DRAMA MENANTI FEBRUARI
Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari.
Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.
VIDEO KETERANGAN HUKUM SUAMI HILANG YANG KEMBALI SEMULA
Apakah Hukum Suami Hilang, Tiba-Tiba Balik Semula?
Kepada peminat drama Menanti Februari, korang tengok dan dengar penjelasan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang jalan cerita drama Melayu yang zzzz ini… #menantifebruari
Dikirim oleh ARTISBUZZ pada Selasa, 09 Mei 2017
Peminat juga mengutuk watak Fathia (Fiza) sepatutnya tidak terburu-buru untuk berkahwin baru sedangkan suaminya, Arie (Zul Ariffin) baru hilang dan dikatakan meninggal dunia selama 6 bulan.
ArtisBuzz – Jangan pulak ada yang kata, ala cerita drama jer pun… Akidah kena tahu jugak ye!
Leave a Reply