Masih lagi isu mengenai bayaran tinggi dalam sesebuah persembahan Aiman Tino menimbulkan rasa kurang senang pihak syarikat pengurusannya dan mereka terpanggil untuk menjelaskan mengenai bayaran Aiman Tino untuk setiap persembahan.
BACA : Aiman Tino Ceburi Dunia Lakonan
Selaku pengurus Aries Music, Mahadhir Mohamad mendakwa semenangnya Aiman Tino layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya.
“Apa salahnya jika kami meletakkan kadar bayaran tertentu mengikut kemampuan penganjur.
“Pada masa ini jadual Aiman sangat padat, setiap minggu ada saja acara yang perlu dihadirinya. Ini bermakna dia mempunyai nilai atau value untuk mendapat bayaran tinggi,” – Mahadhir Mohamad, pengurus Aries Music
Pernah juga beberapa individu mendedahkan wakil Aiman Tino didakwa meletakkan kadar bayaran sehingga RM12,000 bagi persembahan di Semenanjung dan RM14,000 jika mengadakan persembahan di Sabah atau Sarawak.
Kadar bayaran itu adalah bagi persembahan yang menggunakan minus one untuk satu hingga tiga buah lagu tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan, berbeza dengan info yang diberi oleh ayah Aiman Tino yang mengatakan sedia menerima bayaran serendah RM1,500 untuk menjayakan sesebuah persembahan.
“Memang ada Aiman hadir ke majlis yang hanya diberi token RM1,000 hingga RM2,000.
“Memang kadang-kadang kami mengenakan caj sebanyak RM10,000 untuk dia menyanyikan sehingga tiga buah lagu. Namun bukan semuanya begitu, ia mengikut kemampuan penganjur.
“Tapi setahu saya bayarannya antara RM6,000 hingga RM8,000 untuk empat buah lagu. Kalau lebih pun tak ia tak melebihi RM10,000.
“Ada juga saya menerima undangan ke majlis meraikan anak yatim di masjid, tak mungkin Aiman perlu dibayar dengan harga yang tinggi,” – Mahadhir Mohamad, pengurus Aries Music.
Mungkin malas untuk memikirkan dengan bayaran, Aiman Tino menyerahkan sepenuhnya urusan soal bayaran kepada syarikat pengurusan dan ayahnya.
Leave a Reply