Setiap kali Anugerah MeleTOP Era, sudah pasti pakaian Neelofa akan mendapat perhatian ramai dan sudah pasti kecaman serta kritikan akan dilemparkan kepada Neelofa.
BACA : Peminat Tegur Neelofa Pakai Seluar Makin Ketat, Tudung Makin Singkat
Pada AME tahun ini, Neelofa mengenakan T-Shirt dan skirt labuh yang didakwa agak pelik dipandang dan ramai yang mendakwa keliru dengan busana tersebut.
Neelofa menjelaskan baju tersebut adalah rekaan Fizi Woo yang bertemakan young and chic merupakan idea serta kemahuan beliau sendiri dan diinspirasikan dari koleksi Dior’s Feminist Spring 2017.
“Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior. Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.
Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour. Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen. Apa yang penting, saya suka dan saya happy.” – Neelofa
Sebelum ini, pakaian ala-ala Power Rangers Neelofa hangat diperkatana pada AME tahun lepas dan pada tahun sebelumnya Neelofa memilih mengenakan gaun berwarna neon hijau yang turut disamakan dengan karakter Cell dalam siri Dragon Ball.
Okay, kita nantikan Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 pula, bagaimanakah pakaian Neelofa pada AME 2018 nanti?
Leave a Reply