Rahim Tegur Jep Sepahtu Supaya Lebih Matang

Walaupun hampir dua bulan majlis perkahwinan Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah berlalu, namun masih ada pihak yang berkecil hati dan tidak puas hati disebabkan Jep dan Sari tidak menjemput pihak media dan melarikan diri ketika pihak media mendapatkan info mengenai perkahwinan mereka.

LIHAT : Gambar Majlis Hari Jadi Jepp Sepahtu Yang Romantis Bersama Sari Yanti

Sebagai rakan, Rahim tampil menjelaskan dan berpendapat sepatunya Jep perlu bersikap lebih matang dan menjaga hubungan baik dengan pihak media.

“Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu. Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini – Rahim

Rahim juga menegur agar Jep semakin matang lebih-lebih lagi selepas bergelar suami dan berharap kerjasamanya bersama Jep dan Shuib akan kekal lebih lama walaupun ada kalanya mereka juga berselisihan faham pendapat.

1 Trackback / Pingback

  1. (Gambar) Jep Sepahtu Sakit Masuk Hospital, Bakal Mendapat Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*