Jika anda mengikuti perkembangan Datuk Aliff Syukri menerusi laman sosial, sudah pasti anda tahu Datuk Aliff baharu sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah umrah bersama-sama ahli keluarganya.
BACA : Mengadu Rumah Tidak Selesa, Datuk Aliff Syukri Dikecam Riak
Kelam kabut semasa keluar dari pesawat Malaysia Airlines, beg tangan Datuk Aliff yang mengandungi wang RM50,000 tertinggal di dalam pesawat Malaysia Airlines.
Datuk Aliff memberitahu dia terlupa mengambil beg tersebut yang diletakkan di tempat duduk pesawat setelah sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda dan sedar beg tangannya tiada selepas satu jam mendarat dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya.
Dalam pada itu, Aliff bernasib baik apabila seorang pramugara yang dikenali sebagai ‘Encik Zol’ membantu menyimpan beg tersebut.
“Saya terlupa dan tertinggal beg berisi duit RM50,000 dalam kapal terbang. Lepas sejam, ketika dalam perjalanan pulang baru saya sedar beg tiada.
“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.
“Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang,” – Datuk Aliff Syukri.
Di dalam laman Instagram milik Datuk Aliff, dia memuat naik gambar swafotonya bersama pramugara tersebut dengan kapsyen yang menyentuh hati ;
“Inilah wajah peramugara Malaysia Airlines yang jujur… Ya allah bersyukurnya saya… sebenarnya dompet saya tertinggal di dalam kapal terbang dia pulangkan dengan keadaan yang baik selepas 30 minit. Saya ingat dah tak dapat dah lah… susahkan nak jumpa orang yang jujur macam mamat ni betul tak??”
ArtisBuzz – Duit banyak tak terasa hilang RM50 ribu kot?
Leave a Reply