Tersentap apabila smartphone rekaan terbaru Apple iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus rupa-rupanya meniru konsep rekaan salah satu smartphone keluaran dari negara China yang hanya berharga di bawah RM300 dan paling mahal pun sekitar RM400 sahaja.
Pereka telefon pintar China, Digione juga memberitahu paten rekaan smartphone Meizu MX4 telah dikeluarkan pada bulan Januari 2014 dan hak milik paten tersebut menjadi hak milik penuh Digione pada bulan Julai 2014, sedangkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dilancarkan pada bulan September 2014.
Digione telah pun membuat tuntutan terhadap Apple namun tiada sebarang respon daripada pihak Apple menyebabkan Digione terpaksa mendedahkan kepada orang ramai dan mengingatkan sekali lagi kepada Apple untuk meyelesaikan masalah ini sebelum tindakan undang-undang dibuat.
Adakah Apple akan bakal disaman oleh syarikat smartphone China, Digione? Atau sebaliknya? Kita tunggu dan lihat.
Leave a Reply