Hari tu Aiman Tino dikecam teruk sebab letakkan harga RM10 ribu untuk 3 buah lagu dalam setiap persembahannya dan kali ini giliran rakannya pula iaitu Sufian Suhaimi didakwa mengenakan harga yang tinggi untuk persembahannya.
BACA : Sufian Suhaimi Tinggalkan Kekasih Demi Elfira Loy?
Disebabkan isu harga yang tinggi, seakaligus Sufian terus dilabelkan sebagai lupa diri gara-gara meletakkan harga tinggi pada persembahannya baru-baru ini.
“Saya tidak pernah lupa diri seperti yang diperkatakan. Soal ‘demand’ harga semuanya adalah di bawah pengurusan dan saya hanya menurut saja berapa yang mereka tetapkan.
“Saya percaya pengurusan tahu apa yang terbaik untuk saya. Malah tidak timbul isu saya menolak tawaran lain pada saat akhir demi mendapatkan tawaran persembahan yang lebih lumayan bayarannya,” – Sufian Suhaimi.
Sufian menjelaskan dan menafikan dakwaan tersebut kerana harga setiap persembahannya telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Leave a Reply